Petua Untuk Mencari Barang Yang Hilang


doa cari barang hilang

Petua untuk mencari barang yang terlupa atau hilang. 

Pernahkan anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga? Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini:
Petua 1. Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.
Petua 2.
Baca:
1. Al-Fatihah 7 kali
2. Al Fath 1-3 7 kali
3. Al Khafi Ayat 19 7 kali
4. Surah Al-Ikhlas 7 kali
5. Selawat 7 kali
6. Ya Allah 3 kali.
7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.
Petua 3: Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.
Doa itu adalah:
“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

petua ini juga mungkin berguna untuk mencari tulang rusuk yang hilang. kasi bergetar2 gitu

Kesilapan yang perlu dielakan agar blog lebih seo friendly


Kesilapan seo blogger

7 kesilapan untuk dielakkan dalam untuk blog lebih seo friendly
Membina blog lebih seo friendly adalah satu perkara yang bukan mudah lebih-lebih lagi jika anda pengguna blogger.com seperti saya.  ( Ketahui mengapa saya menggunakan platform blogger ), akan tetapi untuk membina blog yang lebih seo friendly, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

  1. Tidak meletakkan sitemap
Sitemap merupakan satu file xml yang mengandungi artikel-artikel yang terkini. Kewujudkan sitemap akan membantu enjin carian mengenalpasti artikel yang baharu dan membolehkan artikel terbabit di index ke enjin carian. Sebagai contoh, sitemap untuk blog ini adalah http://kuzaidi.blogspot.com/sitemap.xml, ini memberi gambaran pada bila dan bagaimana untuk enjin pencari seperti google melihat kemaskini yang tebaru.

  1. Page yang terlalu berat nak loading
Meskipun di Malaysia, Kadar penebusan jalur lebar yang tinggi dan kelajuan sambungan internet menjadi lebih pantas, google berpendapat bahawa berat sesuatu page masih lagi antara masalah yang dihadapi oleh pengguna internet sama ada desktop mahupun mobile. Oleh yang demikian, berat page perlu diberi perhatian. Untuk mengetahui berat page masing-masing dan kaedah untuk mengatasinya boleh cuba untuk menggunakan  
Biasa page yang berat adalah disebabkan meletakkan terlalu banyak gambar HD, flash, javascript dari luar server dan juga css yang tidak di minifiedkan. Itu termasuk radio mp3 yang auto play. Kalau dengar malam2 kadang2 boleh seriau.
Perhatian, blog yang berat tidak seo friendly lebih-lebih lagi sekiranya ia dilengkapi dengan widget-widget yang memerlukan request data luar dari cdn google.

  1. Tidak menggunakan Header tag
Penggunaan  <h1><h2><h3> memberi satu struktur kepada artikel yang ditulis dan pada masa yang sama ia memberi satu format yang mudah untuk difahami untuk dinilai oleh enjin carian dimanakah keyword yang perlu diberi perhatian dinilai dan diletakkan dalam enjin carian. Pada blogger, Tajuk yang ditulis adalah pada format <h1> dah tajuk-tajuk kecil pula ialah <h2>. Dan jika ada sub pada tajuk kecil berkenaan, adalah lebih baik diletakkan <h3>.

  1. Penggunaan Keyword yang tidak betul
Perkara ini memang popular, penggunaan keyword yang betul dan tepat akan membuatkan blog lebih seo friendly ini ke pagerank yang tinggi. Silap-silap terus ke page yang pertama. Letak terlalu banyak takut-takut akan diletakkan kat sebagai blog spam, Kadang2 letak terlalu sedikit takut google tak dapat mencari dimana nak letakkan ranking yang betul pada blog anda. J
  1. Alt text attribute
Disebabkan google tidak dapat membaca imej, text attribute akan digunakan untuk mengenalpasti imej atau situasi imej yang digunakan. Sebagai contoh ini gambar kucing. Situasi Aksi kucing tengah berselfie, pada alt text pada gambar sebagai kucing berselfie. Jadi mana-mana pengguna yang mencari istilah kucing berselfie, gambar ini akan keluar pada enjin pencari, khususnya google images.
kucing berselfie
contoh kucing tengah berselfie



  1. Tak tulis metadata atau tiada metadata langsung.
Metadata merupakan satu tag html yang digunakan untuk menjelaskan secara asas berkenaan artikel yang ditulis. Penulisan metadata penting pada google untuk mengenalpasti secara asas artikel berkenaan adalah berkisarkan tentang sesuatu peristiwa.
Teknik penulisan metadata haruslah bersilangkan dengan keyword yang ditekankan untuk mendapat rank yang lebih baik dalam enjin carian google. Pada artikel ini saya tekankan teknik blog lebih seo friendly untuk keyword

  1. Copy-paste dari blog lain.
Isu copy dan paste sememannya satu yang sinonim kepada mereka yang biasa meniru dan tidak mempunyai usaha untuk menulis dengan gaya bahasa mereka sendiri. Sekiranya google mengenalpasti blog ada mengamalkan konsep copy-paste, Besar kemungkinan google akan mark blog anda sebagai blog spam dan lebih terus lagi sekiranya keseluruhan isi blog akan de-index dan blog hilang dalam cache enjin carian.
Cara yang baik adalah dengan membaca dan mendapat pemahaman dalam idea yang disampaikan oleh blog lain. Dan kemudian menulis semula dengan gaya bahasa sendiri. Kebiasaanya sekiranya anda faham apa yang anda baca, penulisan anda akan menjadi lebih baik dan lebih original.

Akhir,
Sebenarnya ada banyak lagi kesilapan dalam menulis artikel blog yang mesra seo atau seo friendly, tapi saya sendiri juga masih belajar bagaimana untuk memperoleh artikel yang kurang kesilapan enjin pencarian.


Kenapa saya menggunakan platform blogger?


Blogger merupa salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh google, ini termasuk feedburner, google wave  
Kisahnya kenapa  menggunakan platform blogger adalah mudah, saya inginkan cabaran menulis menggunakan platform blogger. Ramai yang tahu bahawa dalam berblogging, 

pemilihan platform merupakan satu perkara yang kritikal yang akan menentukan hala tuju dan cara pengurusan blog anda.

Cabaran blogger
Antara Blogger dan Wordpress siapa menang?


Ramai yang mengetahui bahawa platform blogger adalah terhad, tidak mempunyai ciri-ciri seperti plalform blogging yang lain. Ia tidak boleh bertindak dengan sendiri kerana ia dimiliki oleh google.
Blogger juga tertakluk kepada budi bicara google dan mungkin juga pada satu hari nanti blogger akan terpadam seperti perkhidmatan sebelumnya iaitu google wave.

Pada siapa yang pernah merasa google wave ibarat satu projek yang segan-segan macam pekan koboi. Google plus pun seperti koboi tetapi masih lagi bertahan.
Berbeza dengan platform selft-hosted wordpress, Banyak kebebasan yang boleh digunakan. Dan saya memilih untuk tidak menggunakan kebebasan itu dan menggunakan blogger sebagai cabaran untuk mengembangkan idea dan bakat yang ada untuk bersaing dengan platform yang lebih teguh dan tegap dan sado Hehehe.

Pada saya blogger mempunyai lebih peluang sekiranya diaturcara dengan baik, ia standing dengan platform wordpress dan blogger lebih diminati oleh google dan ia mungkin juga disebabkan oleh google pemilik kepada blogger.
Jadi perkara yang saya tegaskan disini adalah saya memilih blogger sebagai platform disebabkan:-
  • Percuma
  • Lebih secure
  • Intergrated dengan perkhidmatan google yang lain
  • Tidak memerlukan domain (buat masa sekarang)
  • Resource yang tidak terhad (boleh upload seberapa banyak gambar pun!
  • Tiada had bandwith, sistem uptime yang baik malah lebih baik wordpress
Apa pun mungkin juga satu hari nanti, saya akan menggantikan blogger di kuzaidi dengan platform wordpress sekiranya mendapat ruang dan peluang.
Pada masa kini, saya masih lagi menggunakan platform wordpress untuk projek yang lain. 

Dan juga cms seperti joomla dan drupal dan plaform blogger yang digunakan ini adalah sebagai satu cabaran.

Akhir kata, pada platform apa pun yang kita gunakan, saya lebih percaya pada istilah “content is the king” dan istilah ia masih releven sehingga sekarang, Dan sekiranya blog yang ditulis memberi manfaat. Sememangnya pengguna mendapat kebaikan darinya. Dan itulah yang sebaiknya.

Cara untuk meningkatkan seo pada blog

seo untuk blogger


5 Cara untuk meningkatkan seo pada blog


Sebagai seorang blogger, Kaedah penulisan yang mesra carian adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan artikel yang diterima oleh enjin carian sekaligus membawa ke rank pertama.

  1. Menentukan keyword yang betul
Cara menentukan keyword ditentukan berdasarkan pada perkataan yang ingin ditekankan di dalam sesuatu artikel. Sebagai contoh di dalam artikel ini meletakkan 5 Cara untuk meningkatkan seo pada blog, oleh yang demikian, penggunaan keyword ini akan digunakan beberapa kali. Meskipun begitu, penggunaan yang keterlaluan tidak memberi manfaat kepada artikel terbabit. Dikhutiri akan membawa kepada penurunan ranking di dalam enjin carian.


  1. Gunakan Keyword terbabit di dalam Tajuk Artikel.
Selepas anda mengenalpasti keyword yang akan digunakan, Seharusnya anda menyelitkan keyword terbabit di dalam tajuk artikel anda, sebagai contoh, ini tajuk yang saya gunakan untuk artikel ini, Cara-cara untuk meningkatkan seo pada blog, Keyword yang digunakan tidak semestinya 100% sama dengan tajuk yang digunakan. Memandailah sekadar memenuhi dalam 70% dari keseluruhan keyword yang dipilih.

Mengapa Tambang teksi telah dinaikkan?

Teksi naik harga
Kenaikan Tambang Teksi menyebabkan isi rumah tidak lagi menaiki teksi sebaliknya berjalan kaki. Bagus untuk kesihatan kata mereka.

Tambang teksi telah dinaikkan sehingga 67%

Ribut takda, guruh pun takda sedar-sedar tambang teksi telah dinaikkan sehingga 67% serta-merta semestinya menjadi satu perkara yang memeningkat masyarakat terutamanya yang tinggal di ibu kota.
Pada saya yang walaupun dah dekat 5 tahun tak naik teksi, kadar yang dinaikkan sememangnya melampau.

Kena Pau dengan kaki pau berlesen

Teringat pada satu ketika dulu sewaktu baru sampai ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Caj dari TBS ke Bangsar South dia boleh pijak sampai RM40 , dengan alasan jalan yang dilalui jauh. Walhal saya kerap berkereta ke sana jarak pejalanan Cuma 15 minit saja waktu siang. Kalau malam lagi cepat.

Itu bebrapa tahun dulu, Andai sekarang, alamatnya jalan kaki adalah satu pilihan yang lebih bijak. Naik teksi kena pau, andai jalan kaki pun silap-silap kena pau. Dengan GST yang akan dilaksanakan kelak. Ibarat kata, 360 darjah, anda akan dicaj dengan pelbagai cara.

Sentiasa beringat

Kenaikan teksi saya sama sekali tidak setuju, tidak berbaloi dengan mutu perkhidmatan yang diberikan. Andai kata ia untuk mengcover semula kos insuran dan maintance, kenderaan persendirian juga menghadapi masalah yang sama.

Apa pun andai kenaikan sampai 67% tu tersangat la mahal harganya, GST, Kelemahan ringgit di dalam pasaran. Macam mana generasi akan datang akan memperoleh hidup yang lebih baik BR1M?

padan muka! 





Bagaimana cara untuk mengelakkan terkena virus

elak kena virus

Ops macam mana terkena virus?

Sewaktu saya menuntut di salah sebuah universiti di malaysia, sering kali saya terdengar ramai komputer atau laptop rakan-rakan dan pensyarat terkena jangkitan virus. Ramai rakan dan pensyarah juga sering bertanyakan bagaimana cara untuk mengelakkan terkena virus.

Penularan virus komputer di universiti ataupun ditempat kerja sebenarnya dipengaruhi oleh tabiat pengguna itu sendiri. Ada yang diantaranya yang memberi penumpuan untuk pimp up laptop dan komputer masing-masing tetapi lupa untuk memberi tumpuan terhadap sekuriti komputer masing-masing.


Di sini saya kongsikan punca dan cara-cara untuk mengelakkan terkena serangan virus.

Review : Pak John Steamboat & Yong Tao Foo


PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO

Pintu PAK JOHN STEAMBOAT
Pak John Steamboat Dari Depan
Kalau datang ke eCurve, Damansara, jangan lupa parking, tarik handbrake dan singgah di restoran Pak John Steamboat. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis hidangan steamboat dan BBQ yang terdiri daripada pelbagai jenis menu yang mampu buat customer adjust tali pingggan pada sesiapa yang mencuba.

Menu utama

Premium meal PAK JOHN STEAMBOAT
Menu Premium : wajib Try ok!
Menu utama yang di sediakan Pak John Steamboat ni Seperti daging lembu, kambing daging itik dan abalone yo!. Siapa yang kaki steamboat menu-menu ini adalah menu yang wajib untuk diletak ke dalam pinggan masing-masing.

Resolusi 2015, Perancangan Turun Berat Badan.

turun berat gagal

Dah Turun Berat Gagal Nak Maintain

Tahun 2014 tahun merupakan tahun kegagalan aku untuk maintain berat yang pada awalnya adalah 100 kg kepada 88 Kg kurang lebih dari 4 bulan. Hasil dari mengcampurkan diet dan juga latihan larian pada waktu pagi.

Cis, silap dia sikit je. Kau lupa kawal nafsu makan, Otomatik badan jadi sedu lemah dan terkambuskan di antara celah2 selimut yang melewati katil.

Kini Tahun 2015 tahun mengresolusikan impian untuk kembali turun semula berat badan menjadi 88 Kilogram. Berat ini agak-agak je pun. Risolusi ini agaknya mungkin memakan sedikit masa kerana kasut jogging pula telah rosak punah akibat dari latihan separa mati sebelum ini.

Baru-baru nak start balik jogging agak sukar untuk badan ini membiasakan perubahan yang keterlaluan. Oleh itu, Pada awal permulaan ini, Latihan yang di panggil jalan kaki saja perlu dimulakan terlebih dahulu.

Kaki Melecet di Taman Tasik Perdana

Pernah sekali, pada ketika itu berjalan hampir 2 jam di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Bahu jadi sakit. Tapak kaki habis binasa, melecet merata2.  Secara keseluruhan, 10 kilometer bersamaan entah berapa kali pusingan ntah berjaya dibuat. Good!

Bangga juga, pertama kali dalam seumur hidup, berjaya melakukan pusingan walaupun sekadar berjalan kaki.

Beberapa hari ini diluangkan untuk mencari kasut jogging untuk starter, kalau ikutkan pada waktu permulaan takde perlu sangat untuk beli yang mahal-mahal. Cukup2 untuk sarung pada kaki dan terus jalan.

Permulaan untuk berjogging ni, biasanya berkobar-kobar motivasi untuh bagaikan buah pinang. Tapi bila 2-3 minggu, Berlakulah kekenduran semangat.


Kendur beb. Itulah sekian