Ops macam mana terkena virus?
Sewaktu saya menuntut di salah sebuah universiti di malaysia, sering kali saya terdengar ramai komputer atau laptop rakan-rakan dan pensyarat terkena jangkitan virus. Ramai rakan dan pensyarah juga sering bertanyakan bagaimana cara untuk mengelakkan terkena virus.
Penularan virus komputer di universiti ataupun ditempat kerja sebenarnya dipengaruhi oleh tabiat pengguna itu sendiri. Ada yang diantaranya yang memberi penumpuan untuk pimp up laptop dan komputer masing-masing tetapi lupa untuk memberi tumpuan terhadap sekuriti komputer masing-masing.
- Email
Walaupun teknik ini sudah tetinggalan zaman, akan tetapi ia masih lagi berlaku. Hati-hati jika menerima email dari orang yang tidak dikenali.cara yang peling mudah adalah dengan memeriksa alamat email penghantar, sekiranya ia daripada alamat yang meragukan. Terus klik delete
- Berkongsi pendrive
Perkongsian pendrive merupakan salah satu tindakan yang biasa dibuat sewaktu di universiti. Cara yang paling, mudah adala dengan scan pendrive terlebih dahulu sebelum membuka pendrive berkenaan.
- Free flash game
Flash game yang percuma ada kalanya telah disisipkan dengan trojan ang membolehkan penceroboh mencuri fail-fail komputer anda.
- Tidak mengemaskini perisian anti-virus
Cara yang terbaik untuk mengekang penyebaran antivirus adalah dengan mengemaskini perisian antivirus dengan menggunakan antivirus yang mempunyai reputasi yang baik. contohnya antivirus comodo ia percuma dan dilengkapi dengan firewall terbina untuk keselamatan pelayar web.
- Meminjap kepada rakan atau individu yang tidak dikenali.
Rakan kadang kala tidak ambil kisah tentang penjagaan komputer atau laptop anda. Cara yang paling mudah adalah tidak meminjamkan kepada mereka langsung, akan tetapi sekiranya ia mendesak, anda boleh memerhati tindak-tanduk mereka untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Pada sesetengah pengguna, virus tidak memberi kesan pada laptop atau komputer mereka. Tanggapa ini salah sekiranya anda mengamati jenis-jenis virus, Mereka mempunyai peranan dan skop kerja yang tertentu.
- Malicious website.
Sekiranya nya anda menggunakan antivirus comodo dengan internet security, Anda tidak perlu kuatir kerana sistem pelindung yang terbina akan mengblock capaian untuk anda mengakses website yang mempunyai fail-fail yang jahat. Google juga mempunyai database yang lengkap untuk memberi amaran sekiranya anda masuk ke laman-laman web yang dijangkiti virus ini.
Bonus
Salah satu mangsa virus di internet |