Review : Pak John Steamboat & Yong Tao Foo


PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO

Pintu PAK JOHN STEAMBOAT
Pak John Steamboat Dari Depan
Kalau datang ke eCurve, Damansara, jangan lupa parking, tarik handbrake dan singgah di restoran Pak John Steamboat. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis hidangan steamboat dan BBQ yang terdiri daripada pelbagai jenis menu yang mampu buat customer adjust tali pingggan pada sesiapa yang mencuba.

Menu utama

Premium meal PAK JOHN STEAMBOAT
Menu Premium : wajib Try ok!
Menu utama yang di sediakan Pak John Steamboat ni Seperti daging lembu, kambing daging itik dan abalone yo!. Siapa yang kaki steamboat menu-menu ini adalah menu yang wajib untuk diletak ke dalam pinggan masing-masing.

Dah nama steamboat, tentu ada tempat untuk merebus, untuk itu dekat Pak John ini menyediakan lebih 5 jenis sup yang boleh top kalau dah habis, antaranya ialah sup daging tulang, sup tomyam, sup kari, sup ayam, sup udang dan yang akhir sekali adalah sup miso, Perhh!!! Waktu tulis ni pun dan rasa lapar pulak coi!

Makanan yang disediakan memang banyak, puas hati bagi siapa yang kaki lahap, setiap seksyen ada je makanan yang best-best untuk dicoba. Sayur je dah dalam 20 Jenis, Fish ball, tapi tak perasan pulak ada tak tempe. Andai kata nak cuba semua menu, rasanya boleh koma kot,

PAK JOHN STEAMBOAT
TEMPAT MAKAN YANG BESAR
Selain steamboat, ada juga makanan buffet macam nasi goreng, mee goreng, kentang goreng ayam goreng, dan lagi best! Ada roti canai, dan waffle yang kena order dulu tapi benda ni dah bayar sekali time nak masuk tu. So every food memang unlimited supply, yang penting ketuk poket, dan penuh perut sampai full tank pun takpe. Kih.kih.kih

Dan seksyen pencuci mulut. Dari mashmallow, bukit coklat tu, lagi aiskrim terdiri dari pelbagai perisa.

Lokasi
Ikutkan Pak John Steamboat ini ada beberapa cawangan, antaranya ialah di Wangsa Maju tapi yang paling dekat dengan kuz, adalah di eCurve lah! Nak parking pun senang. Whoa!

Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor,
E Curve, 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor
No, telefon 018-386 3139



Frozen food PAK JOHN STEAMBOAT


Buffet Menu PAK JOHN STEAMBOAT

Aiskrim PAK JOHN STEAMBOAT

Chef Dapur PAK JOHN STEAMBOAT


Buffet PAK JOHN STEAMBOAT

Fresh Fish PAK JOHN STEAMBOAT

Buffet Sambal Sotong PAK JOHN STEAMBOAT

Sayur-sayuran PAK JOHN STEAMBOAT