5 Cara untuk meningkatkan seo pada blog
Sebagai
seorang blogger, Kaedah penulisan yang mesra carian adalah penting untuk
meningkatkan keberkesanan artikel yang diterima oleh enjin carian sekaligus
membawa ke rank pertama.
- Menentukan
keyword yang betul
Cara menentukan keyword ditentukan berdasarkan
pada perkataan yang ingin ditekankan di dalam sesuatu artikel. Sebagai contoh
di dalam artikel ini meletakkan 5 Cara
untuk meningkatkan seo pada blog, oleh yang demikian, penggunaan keyword
ini akan digunakan beberapa kali. Meskipun begitu, penggunaan yang keterlaluan
tidak memberi manfaat kepada artikel terbabit. Dikhutiri akan membawa kepada
penurunan ranking di dalam enjin carian.
- Gunakan Keyword
terbabit di dalam Tajuk Artikel.
Selepas anda mengenalpasti keyword yang akan
digunakan, Seharusnya anda menyelitkan keyword terbabit di dalam tajuk artikel
anda, sebagai contoh, ini tajuk yang saya gunakan untuk artikel ini, Cara-cara
untuk meningkatkan seo pada blog, Keyword yang digunakan tidak semestinya 100%
sama dengan tajuk yang digunakan. Memandailah sekadar memenuhi dalam 70% dari
keseluruhan keyword yang dipilih.
- Meletakkan H2 tag
pada keyword yang digunakan.
Keyword yang anda gunakan perlulah diletakkan
tag H2, untuk memberitahu enjin carian secara asasnya content yang diceritakan
didalam artikel berkenaan.
H2 tag pada tajuk artikel |
- Meletakkan keyword yang anda gunakan dalam
dalam artikel yang ditulis.
Harus anda letakkan keyword yang anda gunakan
di dalam artikel berkenaan tadi. Kekerapan di dalam meletakkan keyword juga
seharusnya diberi perhati. Cadangan yang baik agar artikel anda diterima oleh
enjin pencari adalah meletakkan kekerapan keyword anda sekitar 3% sahaja.
- Kepanjangan jumlah patah perkataan.
Panjangnya sesuatu artikel memberi gambaran
yang baik kepada enjin pencari tentang manfaat artikel yang anda tulis.
Kepanjangan artikel adalah sekitar 300-400 patah perkataan, Meskipun begitu,
sekiranya ingin menulis lebih dari itu pun tak kesah.
- Bonus!!
Aik! Kenapa ada 6, tadi ada 5 saje. Sebenarnya
di dalam penulisan artikel yang baik, tidak seharunya bergantung kepada
kemesraan artikel anda terharap enjin carian. Ini kerana yang membaca artikel
ini adalah menusia. Oleh yang demikian, setiap artikel semestinya memerlukan
sentuhan makna dan emosi agar menjadikan artikel yang ditulis menjadi lebih
bermakna dan mempunyai rohnya.