Resolusi 2015, Perancangan Turun Berat Badan.

turun berat gagal

Dah Turun Berat Gagal Nak Maintain

Tahun 2014 tahun merupakan tahun kegagalan aku untuk maintain berat yang pada awalnya adalah 100 kg kepada 88 Kg kurang lebih dari 4 bulan. Hasil dari mengcampurkan diet dan juga latihan larian pada waktu pagi.

Cis, silap dia sikit je. Kau lupa kawal nafsu makan, Otomatik badan jadi sedu lemah dan terkambuskan di antara celah2 selimut yang melewati katil.

Kini Tahun 2015 tahun mengresolusikan impian untuk kembali turun semula berat badan menjadi 88 Kilogram. Berat ini agak-agak je pun. Risolusi ini agaknya mungkin memakan sedikit masa kerana kasut jogging pula telah rosak punah akibat dari latihan separa mati sebelum ini.

Baru-baru nak start balik jogging agak sukar untuk badan ini membiasakan perubahan yang keterlaluan. Oleh itu, Pada awal permulaan ini, Latihan yang di panggil jalan kaki saja perlu dimulakan terlebih dahulu.

Kaki Melecet di Taman Tasik Perdana

Pernah sekali, pada ketika itu berjalan hampir 2 jam di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Bahu jadi sakit. Tapak kaki habis binasa, melecet merata2.  Secara keseluruhan, 10 kilometer bersamaan entah berapa kali pusingan ntah berjaya dibuat. Good!

Bangga juga, pertama kali dalam seumur hidup, berjaya melakukan pusingan walaupun sekadar berjalan kaki.

Beberapa hari ini diluangkan untuk mencari kasut jogging untuk starter, kalau ikutkan pada waktu permulaan takde perlu sangat untuk beli yang mahal-mahal. Cukup2 untuk sarung pada kaki dan terus jalan.

Permulaan untuk berjogging ni, biasanya berkobar-kobar motivasi untuh bagaikan buah pinang. Tapi bila 2-3 minggu, Berlakulah kekenduran semangat.


Kendur beb. Itulah sekian


1 Response to "Resolusi 2015, Perancangan Turun Berat Badan."

  1. Salam admin, nk tnye, tkpe ke nk maintain body ni angkat je weight hari2 ? Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete