Hari ini aku memandu ke JPJ Wangsa Maju. Aku ke sana untuk membayar saman JPJ kerana tidak memakai topi keledar. RM 300 kesemuanya.
Lokasi aku disaman mungkin agak lucu. Tak jauh dari rumah aku sendiri. Dalam 20 tahun aku menetap di sini, inilah pertama kali aku disaman kerana tidak memakai helmet.
Perkara yang pelik dengan saman JPJ ni, aku dikatakan melakukan kesalahan tidak memakai helmet pada bulan Ogos 2013. Dan surat saman sampai adalah pada bulan februari 2014 iaitu dalam 6 bulan dari waktu aku dikesan melakukan kesalahan terbabit.
Why you take so long 'ah JPJ? macam mana aku nak fight kalau aku sendiri pun tak ingat aku pakai helmet ke tidak waktu tu.
But for sure, aku tidak pernah ditahan oleh mana-mana anggota JPJ pada waktu yang dinyatakan . Dan itu cukup pasti. Takde roadblock pun.
Agak bodoh! bukan?
Jadi boleh aku simpulkan ada undercover agent yang menyepot kesalahan anda. hatta di sekitar kawasan rumah pun. So my advice here take note ok!, "sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya di mana anda berada'
update!
Baru baca dari Facebook KASE, walaupun dah terlambat untuk kes kena saman ekor aku , (dah terbayar pun ) tapi berbaloi sebagai rujukan pada masa depan.
Banyak info yang boleh dapat dari sini, mungkin aku akan start baca later on.
link : KASE
psst!! : Kalau dah takde duit, CARI!!!!!!
Foto Hiasan |