JPJ Petaling Jaya , Mysikap - Hei Engkau sabarlah separuh dari iman tahu tak!



KE JPJ PETALING JAYA

Hari ini aku ke JPJ Petaling Jaya pula, JPJ ni terletak diantara mahkamah dan LRT Taman Jaya. Aku punya 1 day nak memperbaharui geran motosikal sebab dah full untuk masukkan butiran baru dalam geran tu.

Jadi aku minta satu salinan pembaharuan geran dari kaunter JPJ. Aku datang ke sana sekitar Jam 10.30. kira-kira jam 11 mungkin baru lah giliran aku. Proses untuk renew geran baru adalah sekitar 5 minit sahaja. Itu mengikut apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan JPJ sendiri.

Hari ini aku memandu ke JPJ Wangsa Maju


Hari ini aku memandu ke JPJ Wangsa Maju. Aku ke sana untuk membayar saman JPJ kerana tidak memakai topi keledar. RM 300 kesemuanya.

Lokasi aku disaman mungkin agak lucu. Tak jauh dari rumah aku sendiri. Dalam 20 tahun aku menetap di sini, inilah pertama kali aku disaman kerana tidak memakai helmet.

Perkara yang pelik dengan saman JPJ ni, aku dikatakan melakukan kesalahan tidak memakai  helmet pada bulan Ogos 2013. Dan surat saman sampai adalah pada bulan februari 2014  iaitu dalam 6 bulan dari waktu aku dikesan melakukan kesalahan terbabit.

Why you take so long 'ah JPJ? macam mana aku nak fight kalau aku sendiri pun tak ingat aku pakai helmet ke tidak waktu tu.

But for sure, aku tidak pernah ditahan oleh mana-mana anggota JPJ pada waktu yang dinyatakan . Dan itu cukup pasti. Takde roadblock pun.

Agak bodoh! bukan?