Kenapa saya menggunakan platform blogger?


Blogger merupa salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh google, ini termasuk feedburner, google wave  
Kisahnya kenapa  menggunakan platform blogger adalah mudah, saya inginkan cabaran menulis menggunakan platform blogger. Ramai yang tahu bahawa dalam berblogging, 

pemilihan platform merupakan satu perkara yang kritikal yang akan menentukan hala tuju dan cara pengurusan blog anda.

Cabaran blogger
Antara Blogger dan Wordpress siapa menang?


Ramai yang mengetahui bahawa platform blogger adalah terhad, tidak mempunyai ciri-ciri seperti plalform blogging yang lain. Ia tidak boleh bertindak dengan sendiri kerana ia dimiliki oleh google.
Blogger juga tertakluk kepada budi bicara google dan mungkin juga pada satu hari nanti blogger akan terpadam seperti perkhidmatan sebelumnya iaitu google wave.

Pada siapa yang pernah merasa google wave ibarat satu projek yang segan-segan macam pekan koboi. Google plus pun seperti koboi tetapi masih lagi bertahan.
Berbeza dengan platform selft-hosted wordpress, Banyak kebebasan yang boleh digunakan. Dan saya memilih untuk tidak menggunakan kebebasan itu dan menggunakan blogger sebagai cabaran untuk mengembangkan idea dan bakat yang ada untuk bersaing dengan platform yang lebih teguh dan tegap dan sado Hehehe.

Pada saya blogger mempunyai lebih peluang sekiranya diaturcara dengan baik, ia standing dengan platform wordpress dan blogger lebih diminati oleh google dan ia mungkin juga disebabkan oleh google pemilik kepada blogger.
Jadi perkara yang saya tegaskan disini adalah saya memilih blogger sebagai platform disebabkan:-
  • Percuma
  • Lebih secure
  • Intergrated dengan perkhidmatan google yang lain
  • Tidak memerlukan domain (buat masa sekarang)
  • Resource yang tidak terhad (boleh upload seberapa banyak gambar pun!
  • Tiada had bandwith, sistem uptime yang baik malah lebih baik wordpress
Apa pun mungkin juga satu hari nanti, saya akan menggantikan blogger di kuzaidi dengan platform wordpress sekiranya mendapat ruang dan peluang.
Pada masa kini, saya masih lagi menggunakan platform wordpress untuk projek yang lain. 

Dan juga cms seperti joomla dan drupal dan plaform blogger yang digunakan ini adalah sebagai satu cabaran.

Akhir kata, pada platform apa pun yang kita gunakan, saya lebih percaya pada istilah “content is the king” dan istilah ia masih releven sehingga sekarang, Dan sekiranya blog yang ditulis memberi manfaat. Sememangnya pengguna mendapat kebaikan darinya. Dan itulah yang sebaiknya.