KE JPJ PETALING JAYA
Hari ini aku ke JPJ Petaling Jaya pula, JPJ ni terletak diantara mahkamah dan LRT Taman Jaya. Aku punya 1 day nak memperbaharui geran motosikal sebab dah full untuk masukkan butiran baru dalam geran tu.
Jadi aku minta satu salinan pembaharuan geran dari kaunter JPJ. Aku datang ke sana sekitar Jam 10.30. kira-kira jam 11 mungkin baru lah giliran aku. Proses untuk renew geran baru adalah sekitar 5 minit sahaja. Itu mengikut apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan JPJ sendiri.