Kenaikan Tambang Teksi menyebabkan isi rumah tidak lagi menaiki teksi sebaliknya berjalan kaki. Bagus untuk kesihatan kata mereka. |
Tambang teksi telah dinaikkan sehingga 67%
Ribut takda, guruh pun takda sedar-sedar
tambang teksi telah dinaikkan sehingga 67% serta-merta semestinya menjadi satu
perkara yang memeningkat masyarakat terutamanya yang tinggal di ibu kota.
Pada saya yang walaupun dah dekat 5 tahun tak
naik teksi, kadar yang dinaikkan sememangnya melampau.
Kena Pau dengan kaki pau berlesen
Teringat pada satu ketika dulu sewaktu baru
sampai ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Caj dari TBS ke Bangsar South dia
boleh pijak sampai RM40 , dengan alasan jalan yang dilalui jauh. Walhal saya kerap
berkereta ke sana jarak pejalanan Cuma 15 minit saja waktu siang. Kalau malam
lagi cepat.
Itu bebrapa tahun dulu, Andai sekarang,
alamatnya jalan kaki adalah satu pilihan yang lebih bijak. Naik teksi kena pau,
andai jalan kaki pun silap-silap kena pau. Dengan GST yang akan dilaksanakan
kelak. Ibarat kata, 360 darjah, anda akan dicaj dengan pelbagai cara.
Sentiasa beringat
Kenaikan teksi saya sama sekali tidak setuju,
tidak berbaloi dengan mutu perkhidmatan yang diberikan. Andai kata ia untuk mengcover semula kos insuran dan maintance,
kenderaan persendirian juga menghadapi masalah yang sama.
Apa pun andai kenaikan sampai 67% tu tersangat
la mahal harganya, GST, Kelemahan ringgit di dalam pasaran. Macam mana generasi
akan datang akan memperoleh hidup yang lebih baik BR1M?
padan muka!