Kesilapan yang perlu dielakan agar blog lebih seo friendly


Kesilapan seo blogger

7 kesilapan untuk dielakkan dalam untuk blog lebih seo friendly
Membina blog lebih seo friendly adalah satu perkara yang bukan mudah lebih-lebih lagi jika anda pengguna blogger.com seperti saya.  ( Ketahui mengapa saya menggunakan platform blogger ), akan tetapi untuk membina blog yang lebih seo friendly, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

  1. Tidak meletakkan sitemap
Sitemap merupakan satu file xml yang mengandungi artikel-artikel yang terkini. Kewujudkan sitemap akan membantu enjin carian mengenalpasti artikel yang baharu dan membolehkan artikel terbabit di index ke enjin carian. Sebagai contoh, sitemap untuk blog ini adalah http://kuzaidi.blogspot.com/sitemap.xml, ini memberi gambaran pada bila dan bagaimana untuk enjin pencari seperti google melihat kemaskini yang tebaru.

  1. Page yang terlalu berat nak loading
Meskipun di Malaysia, Kadar penebusan jalur lebar yang tinggi dan kelajuan sambungan internet menjadi lebih pantas, google berpendapat bahawa berat sesuatu page masih lagi antara masalah yang dihadapi oleh pengguna internet sama ada desktop mahupun mobile. Oleh yang demikian, berat page perlu diberi perhatian. Untuk mengetahui berat page masing-masing dan kaedah untuk mengatasinya boleh cuba untuk menggunakan  
Biasa page yang berat adalah disebabkan meletakkan terlalu banyak gambar HD, flash, javascript dari luar server dan juga css yang tidak di minifiedkan. Itu termasuk radio mp3 yang auto play. Kalau dengar malam2 kadang2 boleh seriau.
Perhatian, blog yang berat tidak seo friendly lebih-lebih lagi sekiranya ia dilengkapi dengan widget-widget yang memerlukan request data luar dari cdn google.

  1. Tidak menggunakan Header tag
Penggunaan  <h1><h2><h3> memberi satu struktur kepada artikel yang ditulis dan pada masa yang sama ia memberi satu format yang mudah untuk difahami untuk dinilai oleh enjin carian dimanakah keyword yang perlu diberi perhatian dinilai dan diletakkan dalam enjin carian. Pada blogger, Tajuk yang ditulis adalah pada format <h1> dah tajuk-tajuk kecil pula ialah <h2>. Dan jika ada sub pada tajuk kecil berkenaan, adalah lebih baik diletakkan <h3>.

  1. Penggunaan Keyword yang tidak betul
Perkara ini memang popular, penggunaan keyword yang betul dan tepat akan membuatkan blog lebih seo friendly ini ke pagerank yang tinggi. Silap-silap terus ke page yang pertama. Letak terlalu banyak takut-takut akan diletakkan kat sebagai blog spam, Kadang2 letak terlalu sedikit takut google tak dapat mencari dimana nak letakkan ranking yang betul pada blog anda. J
  1. Alt text attribute
Disebabkan google tidak dapat membaca imej, text attribute akan digunakan untuk mengenalpasti imej atau situasi imej yang digunakan. Sebagai contoh ini gambar kucing. Situasi Aksi kucing tengah berselfie, pada alt text pada gambar sebagai kucing berselfie. Jadi mana-mana pengguna yang mencari istilah kucing berselfie, gambar ini akan keluar pada enjin pencari, khususnya google images.
kucing berselfie
contoh kucing tengah berselfie



  1. Tak tulis metadata atau tiada metadata langsung.
Metadata merupakan satu tag html yang digunakan untuk menjelaskan secara asas berkenaan artikel yang ditulis. Penulisan metadata penting pada google untuk mengenalpasti secara asas artikel berkenaan adalah berkisarkan tentang sesuatu peristiwa.
Teknik penulisan metadata haruslah bersilangkan dengan keyword yang ditekankan untuk mendapat rank yang lebih baik dalam enjin carian google. Pada artikel ini saya tekankan teknik blog lebih seo friendly untuk keyword

  1. Copy-paste dari blog lain.
Isu copy dan paste sememannya satu yang sinonim kepada mereka yang biasa meniru dan tidak mempunyai usaha untuk menulis dengan gaya bahasa mereka sendiri. Sekiranya google mengenalpasti blog ada mengamalkan konsep copy-paste, Besar kemungkinan google akan mark blog anda sebagai blog spam dan lebih terus lagi sekiranya keseluruhan isi blog akan de-index dan blog hilang dalam cache enjin carian.
Cara yang baik adalah dengan membaca dan mendapat pemahaman dalam idea yang disampaikan oleh blog lain. Dan kemudian menulis semula dengan gaya bahasa sendiri. Kebiasaanya sekiranya anda faham apa yang anda baca, penulisan anda akan menjadi lebih baik dan lebih original.

Akhir,
Sebenarnya ada banyak lagi kesilapan dalam menulis artikel blog yang mesra seo atau seo friendly, tapi saya sendiri juga masih belajar bagaimana untuk memperoleh artikel yang kurang kesilapan enjin pencarian.


Previous
Next Post »