Blogger merupa salah satu
perkhidmatan yang disediakan oleh google, ini termasuk feedburner, google
wave
Kisahnya kenapa menggunakan platform blogger adalah mudah, saya inginkan
cabaran menulis menggunakan platform blogger. Ramai yang tahu bahawa dalam
berblogging,
pemilihan platform merupakan satu perkara yang kritikal yang akan
menentukan hala tuju dan cara pengurusan blog anda.
Antara Blogger dan Wordpress siapa menang? |
Ramai yang mengetahui bahawa
platform blogger adalah terhad, tidak mempunyai ciri-ciri seperti plalform
blogging yang lain. Ia tidak boleh bertindak dengan sendiri kerana ia dimiliki
oleh google.
Blogger juga tertakluk kepada budi
bicara google dan mungkin juga pada satu hari nanti blogger akan terpadam
seperti perkhidmatan sebelumnya iaitu google wave.
Pada siapa yang pernah
merasa google wave ibarat satu projek yang segan-segan macam pekan koboi.
Google plus pun seperti koboi tetapi masih lagi bertahan.
Berbeza dengan platform selft-hosted
wordpress, Banyak kebebasan yang boleh digunakan. Dan saya memilih untuk tidak
menggunakan kebebasan itu dan menggunakan blogger sebagai cabaran untuk
mengembangkan idea dan bakat yang ada untuk bersaing dengan platform yang lebih
teguh dan tegap dan sado Hehehe.
Pada saya blogger mempunyai lebih
peluang sekiranya diaturcara dengan baik, ia standing dengan platform wordpress
dan blogger lebih diminati oleh google dan ia mungkin juga disebabkan oleh
google pemilik kepada blogger.
Jadi perkara yang saya tegaskan
disini adalah saya memilih blogger sebagai platform disebabkan:-
- Percuma
- Lebih
secure
- Intergrated
dengan perkhidmatan google yang lain
- Tidak
memerlukan domain (buat masa sekarang)
- Resource
yang tidak terhad (boleh upload seberapa banyak gambar pun!
- Tiada
had bandwith, sistem uptime yang baik malah lebih baik wordpress
Apa pun mungkin juga satu hari
nanti, saya akan menggantikan blogger di kuzaidi dengan platform wordpress sekiranya
mendapat ruang dan peluang.
Pada masa kini, saya masih lagi
menggunakan platform wordpress untuk projek yang lain.
Dan juga cms seperti
joomla dan drupal dan plaform blogger yang digunakan ini adalah sebagai satu
cabaran.
Akhir kata, pada platform apa pun
yang kita gunakan, saya lebih percaya pada istilah “content is the king” dan
istilah ia masih releven sehingga sekarang, Dan sekiranya blog yang ditulis
memberi manfaat. Sememangnya pengguna mendapat kebaikan darinya. Dan itulah
yang sebaiknya.
EmoticonEmoticon