JPJ Petaling Jaya , Mysikap - Hei Engkau sabarlah separuh dari iman tahu tak!



KE JPJ PETALING JAYA

Hari ini aku ke JPJ Petaling Jaya pula, JPJ ni terletak diantara mahkamah dan LRT Taman Jaya. Aku punya 1 day nak memperbaharui geran motosikal sebab dah full untuk masukkan butiran baru dalam geran tu.

Jadi aku minta satu salinan pembaharuan geran dari kaunter JPJ. Aku datang ke sana sekitar Jam 10.30. kira-kira jam 11 mungkin baru lah giliran aku. Proses untuk renew geran baru adalah sekitar 5 minit sahaja. Itu mengikut apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan JPJ sendiri.


Tapi bila aku kira dengan stopwatch, masa yang diambil lebih daripada itu. Siap kira details tu bai!, Setelah giliran aku. dengan langkah yang sempoi lelaki kacak, aku duduk sambil menghulurkan dokumen-dokumen seperti insuran,geran lama, ic ( sebab aku wakil penama). Alang-alang nak renew geran, better terus aku renew roadtax terus. Jimat masa.

Proses yang sepatutnya mengmbil masa kira-kira 5 minit tu berlangsung ke minit yang ke-10. Sampai la ke minit yang ke-15 baru stat JPJ memaklumkan bahawa sistem talian mereka tergendala. oh Mysikap, #OhmyS##IT,

Staf yang bertugas, tak mampu nak membuat apa-apa kerana sistem itu sendiri memerlukan kepakaran dari pembangun sistem itu sendiri. Dalam hati aku , Kalau bukan ada yang gatal tangan usik-usik sistem, takkan tiba-tiba dia boleh down. Bentak hatiku.

Staf di situ terus memberi kata dua. sama ada aku harus tunggu ataupun terus ke pejabat pos berdekatan untuk memproses pembaharuan roadtax. ( Pembaharuan geran nasib baik lepas).

Tanpa berfikir panjang, aku bingkas bangun sambil melihat suasana sekitar ruang tempat duduk yang padat dan sendat tanpa mereka mengetahui sistem JPJ tergendala.

"kesian korang", Bisik hatiku


MOTOR MATI DITENGAH JALAN 

Entah macam mana, masa on the way ke pejabat pos pantai hillpark tu, moto aku boleh pulak buat hal mati ditengah jalan, "Cis!! ,  Apa saja petaka yang menimpa aku ini". Kepakaran serba sedikit dalam membaiki komputer terus aku aplikasi kan untuk melihat permasalahan yang terdapat pada moto 100cc aku ini. Dan ternyata ia hanya sia-sia.(heh!)

Cuba beberapa ketika, selepas kick stater aku terajang berkali-kali, barulah moto berjaya dihidupkan. Perasaan berbaur gemetar serta kaget sekiranya motor ini mati ditengah jalan segera aku lenyapkan.

"Pikir positif, pikir positf" lafaz aku dalam hati.

Alhamdulillah, setiba di pejabat pos pantai dalam , No giliran aku picit, kelihat ada 2 kaunter yang dibuka. Sambil merenung mesin giliran yang memaparkan no semasa, aku merenung slip no giliran aku. 1221,

"Jahanam lagi 1 jam la aku menakung dekat sini"

pst. Berdepan dengan situasi bergini mengingat aku erti kesabaran, DDOS, dan juga Kronorism. #tepukdahi






Previous
Next Post »

2 comments

Write comments