Cara untuk meningkatkan seo pada blog

seo untuk blogger


5 Cara untuk meningkatkan seo pada blog


Sebagai seorang blogger, Kaedah penulisan yang mesra carian adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan artikel yang diterima oleh enjin carian sekaligus membawa ke rank pertama.

  1. Menentukan keyword yang betul
Cara menentukan keyword ditentukan berdasarkan pada perkataan yang ingin ditekankan di dalam sesuatu artikel. Sebagai contoh di dalam artikel ini meletakkan 5 Cara untuk meningkatkan seo pada blog, oleh yang demikian, penggunaan keyword ini akan digunakan beberapa kali. Meskipun begitu, penggunaan yang keterlaluan tidak memberi manfaat kepada artikel terbabit. Dikhutiri akan membawa kepada penurunan ranking di dalam enjin carian.


  1. Gunakan Keyword terbabit di dalam Tajuk Artikel.
Selepas anda mengenalpasti keyword yang akan digunakan, Seharusnya anda menyelitkan keyword terbabit di dalam tajuk artikel anda, sebagai contoh, ini tajuk yang saya gunakan untuk artikel ini, Cara-cara untuk meningkatkan seo pada blog, Keyword yang digunakan tidak semestinya 100% sama dengan tajuk yang digunakan. Memandailah sekadar memenuhi dalam 70% dari keseluruhan keyword yang dipilih.


  1. Meletakkan H2 tag pada keyword yang digunakan.
Keyword yang anda gunakan perlulah diletakkan tag H2, untuk memberitahu enjin carian secara asasnya content yang diceritakan didalam artikel berkenaan.
cara naikkan traffik blogger
H2 tag pada tajuk artikel


  1. Meletakkan keyword yang anda gunakan dalam dalam artikel yang ditulis.
Harus anda letakkan keyword yang anda gunakan di dalam artikel berkenaan tadi. Kekerapan di dalam meletakkan keyword juga seharusnya diberi perhati. Cadangan yang baik agar artikel anda diterima oleh enjin pencari adalah meletakkan kekerapan keyword anda sekitar 3% sahaja.

  1. Kepanjangan jumlah patah perkataan.
Panjangnya sesuatu artikel memberi gambaran yang baik kepada enjin pencari tentang manfaat artikel yang anda tulis. Kepanjangan artikel adalah sekitar 300-400 patah perkataan, Meskipun begitu, sekiranya ingin menulis lebih dari itu pun tak kesah.

  1. Bonus!!
Aik! Kenapa ada 6, tadi ada 5 saje. Sebenarnya di dalam penulisan artikel yang baik, tidak seharunya bergantung kepada kemesraan artikel anda terharap enjin carian. Ini kerana yang membaca artikel ini adalah menusia. Oleh yang demikian, setiap artikel semestinya memerlukan sentuhan makna dan emosi agar menjadikan artikel yang ditulis menjadi lebih bermakna dan mempunyai rohnya.



Previous
Next Post »