7 kesilapan untuk dielakkan dalam untuk blog lebih seo friendly
Membina blog lebih seo friendly
adalah satu perkara yang bukan mudah lebih-lebih lagi jika anda pengguna
blogger.com seperti saya. ( Ketahui
mengapa saya menggunakan platform blogger ), akan tetapi untuk membina blog
yang lebih seo friendly, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
- Tidak
meletakkan sitemap
Sitemap
merupakan satu file xml yang mengandungi artikel-artikel yang terkini.
Kewujudkan sitemap akan membantu enjin carian mengenalpasti artikel yang baharu
dan membolehkan artikel terbabit di index ke enjin carian. Sebagai contoh,
sitemap untuk blog ini adalah http://kuzaidi.blogspot.com/sitemap.xml,
ini memberi gambaran pada bila dan bagaimana untuk enjin pencari seperti google
melihat kemaskini yang tebaru.
- Page
yang terlalu berat nak loading
Meskipun di
Malaysia, Kadar penebusan jalur lebar yang tinggi dan kelajuan sambungan
internet menjadi lebih pantas, google berpendapat bahawa berat sesuatu page
masih lagi antara masalah yang dihadapi oleh pengguna internet sama ada desktop
mahupun mobile. Oleh yang demikian, berat page perlu diberi perhatian. Untuk
mengetahui berat page masing-masing dan kaedah untuk mengatasinya boleh cuba
untuk menggunakan
Biasa page
yang berat adalah disebabkan meletakkan terlalu banyak gambar HD, flash,
javascript dari luar server dan juga css yang tidak di minifiedkan. Itu
termasuk radio mp3 yang auto play. Kalau dengar malam2 kadang2 boleh seriau.
Perhatian, blog yang berat tidak seo friendly
lebih-lebih lagi sekiranya ia dilengkapi dengan widget-widget yang memerlukan
request data luar dari cdn google.
- Tidak
menggunakan Header tag
Penggunaan <h1><h2><h3> memberi satu
struktur kepada artikel yang ditulis dan pada masa yang sama ia memberi satu
format yang mudah untuk difahami untuk dinilai oleh enjin carian dimanakah
keyword yang perlu diberi perhatian dinilai dan diletakkan dalam enjin carian.
Pada blogger, Tajuk yang ditulis adalah pada format <h1> dah tajuk-tajuk
kecil pula ialah <h2>. Dan jika ada sub pada tajuk kecil berkenaan,
adalah lebih baik diletakkan <h3>.
- Penggunaan
Keyword yang tidak betul
Perkara ini
memang popular, penggunaan keyword yang betul dan tepat akan membuatkan blog lebih
seo friendly ini ke pagerank yang tinggi. Silap-silap terus ke page yang
pertama. Letak terlalu banyak takut-takut akan diletakkan kat sebagai blog
spam, Kadang2 letak terlalu sedikit takut google tak dapat mencari dimana nak
letakkan ranking yang betul pada blog anda. J
- Alt
text attribute
Disebabkan
google tidak dapat membaca imej, text attribute akan digunakan untuk
mengenalpasti imej atau situasi imej yang digunakan. Sebagai contoh ini gambar
kucing. Situasi Aksi kucing tengah berselfie, pada alt text pada gambar sebagai
kucing berselfie. Jadi mana-mana pengguna yang mencari istilah kucing berselfie, gambar ini akan
keluar pada enjin pencari, khususnya google images.
- Tak
tulis metadata atau tiada metadata langsung.
Metadata
merupakan satu tag html yang digunakan untuk menjelaskan secara asas berkenaan
artikel yang ditulis. Penulisan metadata penting pada google untuk
mengenalpasti secara asas artikel berkenaan adalah berkisarkan tentang sesuatu
peristiwa.
Teknik
penulisan metadata haruslah bersilangkan dengan keyword yang ditekankan untuk
mendapat rank yang lebih baik dalam enjin carian google. Pada artikel ini saya
tekankan teknik blog lebih seo friendly untuk
keyword
- Copy-paste
dari blog lain.
Isu copy dan
paste sememannya satu yang sinonim kepada mereka yang biasa meniru dan tidak
mempunyai usaha untuk menulis dengan gaya bahasa mereka sendiri. Sekiranya
google mengenalpasti blog ada mengamalkan konsep copy-paste, Besar kemungkinan
google akan mark blog anda sebagai blog spam dan lebih terus lagi sekiranya
keseluruhan isi blog akan de-index dan blog hilang dalam cache enjin carian.
Cara yang
baik adalah dengan membaca dan mendapat pemahaman dalam idea yang disampaikan
oleh blog lain. Dan kemudian menulis semula dengan gaya bahasa sendiri.
Kebiasaanya sekiranya anda faham apa yang anda baca, penulisan anda akan
menjadi lebih baik dan lebih original.
Akhir,
Sebenarnya
ada banyak lagi kesilapan dalam menulis artikel blog yang mesra seo atau seo friendly, tapi saya sendiri juga masih
belajar bagaimana untuk memperoleh artikel yang kurang kesilapan enjin
pencarian.
EmoticonEmoticon